Emas Sebagai Simpanan Pelaburan Masa Hadapan

Adakah anda tahu bahawa emas merupakan pelaburan yang sangat hebat untuk masa hadapan?
Adakah anda tahu bahawa kenaikan emas dapat melindungi nilai harta kita daripada dimamah oleh inflasi dunia?
Adakah anda tahu bahawa wang kertas yang kita gunakan setiap hari semakin merosot nilainya kesan daripada inflasi dunia?

Emas bukan sahaja digunakan sebagai barang perhiasan semata-mata, malah emas dijadikan sebagai pelaburan aset untuk masa hadapan kita. Dapatkah anda bayangkan bahawa setiap negara mempunyai simpanan rizab emasnya sebagai bekalan sebarang kemungkinan sekiranya berlaku kemerosotan ekonomi global? Sekiranya sesebuah negara itu tidak mempunyai simpanan emasnya, maka apabila berlakunya gejala buruk yang melanda ekonomi, maka negara itu akan teruk, berlakulah rusuhan rakyat, rakyat dalam kebuluran, sumber ekonomi terjejas teruk, masyarakat kucar-kacir, berlaku peperangan, masalah pengangguran dan sebagainya.

Lain pula keadaanya sekiranya negara tersebut mempunyai simpanan emasnya bagi melindungi negaranya daripada masalah ekonomi. Begitu juga pada diri kita, keluarga kita. Sekiranya kita sendiri tidak mempunyai simpanan emas, maka malapetaka akan berlaku, kita mahu lari ke mana? Bagaimana kita mahu mulakan kehidupan baru? Apakah langkah kita?

Renung-rendungkanlah..


Mohd Amzari Zharfan Bin Amran
013-5271358
shinja_takeda@yahoo.com

No comments:

Post a Comment