Tukar Duit Raya Anak kepada Emas atau Perak



Bulan Ramadhan akan berakhir tidak lama lagi, Syawal pula akan menjelma. Pelbagai persiapan untuk menyambut hari lebaran. Ada yang sibuk menempah baju raya, beli baju raya (saya sendiri pun belum lagi beli baju raya.huhu..tak tahu le bila nak beli ni) order kuih raya, tukar set ruang tamu, ada juga yang modified kereta, macam-macam lah, yer la kan, nak raya. Semuanya nak baru kan?

Baiklah masuk kepada tajuk kita kali ni, berkaitan tentang duit raya. Anak-anak apabila setiap raya je mesti akan dapat duit raya kan? Jadinya, ingin saya memberikan sedikit cadangan untuk ibubapa sebagai menyediakan tabungan simpanan emas kepada anak-anak.

Sudah menjadi salah satu tanggungjawab ibubapa bagi menyediakan sebaik mungkin platform untuk anak-anak berjaya di masa hadapan. Salah satu darinya ialah memberi ilmu kepada mereka. Kita memberi peluang kepada mereka untuk mereka sambung belajar di Universiti. Semuanya itu memerlukan simpanan pendidikan mereka dari sekarang, betul tak? Oleh yang demikian, saya syorkan ibubapa untuk tukarkan duit raya anak-anak tu kepada dinar emas. Sekarang ni harga emas masih lagi murah. Jadi, inilah masanya untuk kita rebut peluang bagi melatih anak-anak supaya kumpul duit kemudian tukar kepada emas. Paling kecil cubalah mula dahulu dengan 1 dinar emas. Apabila anda sudah mula dengan emas yang kecil, kemudian anda ikuti harganya dari masa ke semasa, nahh!! anda akan lihat kelebihan simpanan emas sebagai pelaburan masa depan.

Owh yer, selain emas sebagai simpanan tabungan untuk anak-anak, anda juga boleh tukarkan duit raya anak-anak ini kepada perak (silver). Perak pun boleh tahan juga kelebihannya. Perak untuk jangka masa panjang, emas pula untuk jangka masa sederhana dan panjang. Kedua-dua jenis logam ini mempunyai nilainya yang tersendiri.

Ok cuba lihat graf kenaikan di bawah ini. Lihat kenaikannya dan penurunanya, lihat gerakan graf tersebut banyaknya menaik ke atau menurun?  Sekarang ini tahun 2012 dan anggapan saya jika 20 tahun lagi anak-anak  akan masuk U dan semestinya memerlukan pembiayaan pengajian. Dan tahun ni dapat je dorang duit raya, anda akan tukarkan kepada dinar emas atau pun dirham perak. Agak-agaknya berapa nilai dinar emas dan dirham perak pada 20 tahun akan datang?

Contoh pengiraan :-
Harga 1 dinar emas sekarang (05/08/2013) = RM601
Harga 10 dirham perak sekarang (05/08/2013) = RM91

Harga ramalan dinar emas selepas 20 tahun (Tahun 2032). Dengan andaian kenaikan harga emas 20% setiap tahun, maka selepas 20 tahun kenaikannya ialah 400%.

1 dinar = RM 601 x 400% = RM 2404




Itu baru saya buat pengiraan untuk sekeping 1 dinar emas. Jika anda membeli dan menyimpan setiap tahun dinar emas dari sekarang sehingga anak anda 20 tahun, bermakna anak anda sudah ada 20 keping dinar emas sebagai simpanan tetap tahunannya. Bagaimana pula 1 tahun 12 keping 1 dinar pula? (setiap bulan beli 1 dinar emas) Cuba anda bayangkan berapa nilai harga kesemua keping yang telah anda bekalkan dinar emas sebagai simpanan anak anda?

InsyaAllah..dengan mengamalkan teknik ini kita boleh mengurangkan beban anak-anak kita bila mereka sambung belajar nanti. Tak perlulah untuk kita buat pinjaman PTPTN bagi menampung kos pengajian anak-anak nanti, tul tak?huhu.. Tak perlulah nak berhutang. Oleh itu, sebagai ibubapa muda, kita haruslah korbankan keseronokan kita dan cuba rancangkan bajet kewangan untuk masa depan anak-anak kita.

1 comment:

  1. Sands Casino Atlantic City Review - NJ Casinos
    › casino-atlantic-city 바카라kadangpintar casino-atlantic-city The Sands Casino Hotel is a non-gaming facility which is open daily 24 hours. septcasino It is equipped with live table games, slot machines, roulette, blackjack, and

    ReplyDelete