Cara Mudah Mulakan Simpanan Emas Anda Dengan Modal Rendah



Siapa kata nak mulakan langkah menabung emas perlu tunggu ada wang besar atau modal besar baru boleh beli emas? Sebenarnya jika anda ada bajet sekitar RM200 sebulan pun dah boleh mula menabung dan menyimpan emas.

Kata orang, ukur baju di badan sendiri. Biar mula dengan kecil dahulu sebelum dapat yang besar. Betul tak? Yang penting di sini biarlah kita mulakan dengan modal kecil dahulu. Apabila kita dah mula, dengan sendirinya kita akan rasa aura magnet kekayaan emas itu sendiri.

Gram yang kecil akan menarik gram-gram emas yang lain, itulah kelebihan dan keistimewaan emas.

Kata pepatah, "Biar sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"

Apabila sudah banyak gram yang kita simpan, barulah kita boleh bahagikan kepada beberapa kotak atau enjin wang. hehehe...ini nanti-nanti je saya akan kongsikan tips yg best ni. Sekarang ni biarlah mulakan dengan modal kecil dahulu dan gunakan posisi sebagai saver dahulu. Apabila anda sudah mahir, barulah anda akan faham step seterusnya. Cubalah!!

Bagi yang nak mulakan emas dengan modal kecil, di sini saya akan kongsikan kepada anda yang mana anda boleh praktikkan salah satu cara atau gunakan ke semua cara di bawah ni. Moga ianya mendatang manfaat kepada anda:.-


*****************************************************************************************************************************


1> Beli 1 Dinar Emas

1 Dinar Emas bentuknya adalah dalam syiling. Berketulenan 999.9 dan beratnya oula 4.25gram. Jika anda mempunya bajet dalam RM600 - RM700 (di bawah RM1000), anda bolehlah beli syiling 1 Dinar Emas ni.

Ianya bukan sahaja sesuai dijadikan sebagai simpanan dan tabungan, malah ia juga sesuai dijadikan hantaran, mas kahwin, cenderamata atau hadiah kepada insan tersayang dan boleh juga dijadikan sebagai token anugerah atau award yang telah menjadi amalan diberikan oleh Powergold kepada stokis-stokis yang bertuah.

Di pasaran kini sudah banyak jenis dinar yang kita boleh dapatkan, namun 1 Dinar Emas keluaran Powergolad adalah yang terbaik kerana harganya lebih murah dan mempunyai susut nilai cuma 7%, ianya merupakan yang terendah di Malaysia.

*****************************************************************************************************************************

2> Beli 1/4 Suku Dinar Emas

Suku dinar merupakan produk terbaru keluaran Powergold yang hangat di pasaran kini. Ianya berketulenan 999.9 atau 24Karat dan beratnya pula 1.0625gram mampu dimiliki oleh setiap orang di mana harganya serendah bajet di bawah RM200 kini.

Syiling suku dinar emas ini kecilnya sama dengan 5 sen syiling Malaysia. Walaupun kecil tetapi ia mampu ditukar gram kepada 1dinar. Caranya apabila anda sudah berjaya mengumpul 4 keping suku dinar, anda boleh tukarkan kepada sekeping 1dinar.

*******************************************************************************************************************************


3> Beli 1gram GoldBar

Powergold merupakan perintis yang telah mengeluarkan produk emas yang sekecil Goldbar 1gram, tujuannya adalah untuk mendidik dan menggalakkan masyarakat kita menyimpan emas walaupun dengan modal sekecil bawah RM200.

Goldbar 1gram ini anda boleh beli dan simpan dari masa ke semasa setiap bulan seperti mana saranan dan kempen yang telah dibuat oleh Powergold sendiri, iaitu 1gram 1bulan 1keluarga 1Malaysia.

Di pasaran sekarang ni sudah  banyak syarikat dan kedai emas yang mengeluarkan Goldbar 1gram, namun di Powergold jika anda seorang dealernya, anda boleh dapatkan dengan harga murah tanpa upah serta tanpa sebarang kos premium yang tersembunyi. Selain itu, kadar susut nilainya juga adala rendah jika di bandingkan di kedai emas, ada susut nilainya mencecah 20%!!!

******************************************************************************************************************************


4> Beli Syiling Emas 0.5gram

Untuk pengetahuan anda, kini sempena edisi Raya Aidilfitri 2015, Powergold  mengeluarkan syiling emas 0.5gram yang berketulen 999.9. Ini merupakan salah satu pendekatan menggalakkan masyarakat menyimpan dalam emas pada harga mampu milik, iaitu di berharga RM100 ke bawah. 

Seperti tahun-tahun sebelum ni, anda berikan duit raya kepada anak anda dalam bentuk wang kertas kn?! Apa kata pada tahun ni anda berikan duit raya kepada anak anda dalam bentuk syiling emas 0.5gram ini. Inilah pendedahan awal kepada mereka kepada emas, tabungan dalam bentuk emas. Semoga kerja buat ini merupakan satu titik sebagai Jihad Ekonomi.


Kesimpulannya 
Saya harapkan perkongsian tips ini dapat memupuk dan galakkan kepada anda untuk memulakan langkah pertama menyimpan dan menabung emas. Apabila simpanan tadi sudah banyak, anda secara tidak langsung telah mempunyai aset harta yang boleh diwariskan kepada generasi anda akan datang. Mungkin anda tidak mempunya tanah pusaka, tetapi anda punya emas untuk generasi anda. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jom bertindak menabung emas!!

Whatapps saya Amzari Amran untuk maklumat lanjut beli emas dengan harga mampu milik. Jika anda mahu lebih murah, jom cepat-cepat daftar sebagai dealer. Hubungi saya cepat...

013-527-1358

No comments:

Post a Comment