Simpan 1 Dinar Emas Boleh Kurangkan Kos Haji

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah semalam merupakan keberangkatan jemaah haji pertama bagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Tahniah kalian terpilih menjadi tetamu Allah nun di sana. Moga dipermudakan segala urusan kalian di sana, sihat tubuh badan dan memperolehi Haji Mabrur, InsyaAllah.

Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips kepada anda berkenaan tentang kuasa menyimpan dinar emas bagi mengurangkan kos haji. Ha macam menarik bukan? Baiklah, saya ingin bertanya kepada anda, adakah  kita semua sudah bersedia dengan simpanan wang yang cukup untuk tujuan perbelanjaan kita ke sana? Kos untuk menunaikan haji pada tahun 2012  ini masih kekal  iaitu RM 9980. Namun kos ini mungkin akan meningkat berikutan ekonomi dunia pada masa kini.


Kenapa Dinar Emas saya tekankan di sini sebagai simpanan bagi mengurangakan kos haji? Ini kerana nilai emas yang sentiasa naik untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Mari kita lihat graf kos haji di bawah ini dengan harga Dinar Emas.


Berdasarkan statistik 10 tahun terakhir, biaya haji dalam Dinar ternyata terus menerus mengalami penurunan. Tahun 2000, pembiaya haji sekitar 70 Dinar, maka tahun ini hanya sekitar 14 Dinar sahaja. Apabila trend ini terus berlanjutan, anda dapat pergi haji dengan 10 Dinar sahaja pada tahun 2015.

Ha apa pendapat anda? Sekarang anda lihat pula perbezaan harga Dinar Emas pada tahun 2009 yang bertarikh 26hb Oktober 2009


Ini pula harga Dinar Emas pada tahun 2010 yang bertarikh 19hb Ogos 2010



Dan di bawah ini pula adalah harga Dinar Emas pada hari ini (18hb September 2012)


Nah lihat sangat ketara bukan perbezaan harga Dinar Emas. Maka ianya terbukti bahawa dengan menyimpan Dinar Emas dari sekarang, kita boleh mengurangkan kos haji. Tetapkan matlamat anda untuk pergi haji. Di bawah ini pula saya sertakan pengiraan kos haji dengan Dinar Emas.


Tahun 2002:-
1 Dinar = RM 140
Kos Haji = 65 keping(ikut gambar graf di atas) X RM 140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar Emas yang diperlukan adalah 65 keping.


Tahun 2009:-
1 Dinar = RM 522
Kos Haji = 19 keping (ikut gambar graf di atas) X RM 522
Jumlah = RM 10,488
Dinar Emas yang diperlukan adalah 19 keping.


Tahun 2010:-
1 Dinar = RM 586
Kos Haji = 18 keping (lihat harga yang saya lampirkan di atas) x RM 586
Jumlah = RM 10,548 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)
Dinar Emas yang diperlukan adalah 18 keping

Tahun 2012:-
1 Dinar = RM 765
Kos Haji = 14 keping (Harga Public Gold hari ini 18/09/12) X RM 765
Jumlah = RM 10, 710 (Kos Haji pada tahun 2012 ini masih lagi RM9,980)
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.


Apa lagi, jom kita  sama-sama menyimpan dan menabung dalam bentuk Dinar Emas kerana emas sememangnya berpotensi dan merupakan pemegang nilai yang unggul. Sebarkan maklumat ini kepada orang ramai bahawa menyimpan emas banyak kebaikan dan memanfaatkan kita umat Islam. Anda boleh mula awal sekiranya anda mula dari sekarang.

Sebarang persoalan boleh hubungi saya. Ingin tahu rahsia simpanan emas? Dapatkan penerangan PERCUMA dari saya. InsyaAllah saya akan kenalkan anda dengan emas sebagai pelaburan / simpanan yang sangat menguntungkan. 

Mohd Amzari Zharfan Bin Amran
013-5271358
shinja_takeda@yahoo.com

No comments:

Post a Comment