Perbezaan Antara Wang Kertas Dan Emas

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada anda semua,

Harap anda hari ni dalam keadaan sihat hendaknya. Hari ini saya akan berkongsikan berkenaan dengan dua benda yang mungkin bagi kita ianya adalah sinonim. Ayuh kita mulakan perkongsian hari ini.


Pernahkah anda mengalamai situasi di mana apabila anda membuat pinjaman kereta ke atau rumah ke mesti anda akan membayar lebih daripada asal jumlah yang anda pinjam. Betul tak? Misalannya anda telah membuat pinjaman kereta sebanyak RM 45000 daripada sebuah bank selama 10 tahun. Akan tetapi apabila anda membuat kira-kira balik, jumlah untuk 10 tahun tersebut lebih daripada jumlah yang anda pinjam asalnya, katakahlah kena bayar RM 52000. Di situ ada lebihan RM 7000 pula. Kenapa perlu bayar lebih?
Kita pinjam sedikit, tapi kena bayar lebih. Adakah wang yang kita pinjam tersebut 'beranak'? atau adakah wang dicetak lebih? Tidakkah sepatutnya apabila kita pinjam banyak itu, kita bayar dengan jumlah banyak itu juga. Ini tidak, kena bayar lebih pula. Mana datangnya duit lebihan RM 7000 tersebut? Itu baru kita seorang yang bayar lebihan tu pada bank, bagaimana pula jika 100 orang yang membuat pinjaman kereta kepada bank tersebut?

Itu baru satu kes, bagaimana pula dengan harga seketul karipap pada tahun 1990 ialah RM1.00 boleh dapat 5 biji. Sekarang 2012 harga bagi RM1.00 karipap boleh dapat 3 biji sahaja. Agak-agak anda, apa yang berlaku kenaikan harga tersebut? Saiz karipap pada tahun 1990 pun tak sama dengan saiz karipa 2012. Sudahlah harga karipap 2012 lebih mahal daripad karipap 1990, saiz pun makin tahun makin kecil. Itu belum lagi kita cerita bab isi inti karipap dalamnya.

Bagaipula dengan hal emas? Cuba anda tanya mak ayah kita berapa harga emas segram pada tahun 1990? Kemudian kita bandingkan harga emas segram pada hari ini. Anda boleh lihat sendiri kenaikkannya yang hebat bukan?

Saya mencadangkan supaya kita mulakan menyimpan emas berbanding menyimpan wang kertas .Di sini saya sertakan perbezaan ringkas secara teori perbezaan wang kertas dengan emas. Cuba baca dengan tenang yer.

Wang Kertas
  • Bulan ini anda simpan RM100 , kemungkinan bulan depan anda keluarkan RM50 . Bulan depan anda simpan RM150 , kemungkinan bulan seterusnya anda keluarkan RM150.Jadi selama 3 bulan anda hanya simpan RM50.00 ( yang nilainya pada tahun depan tidak akan jadi RM50.00 ) .
  • Bayangkan anda merupakan seorang rakyat Syria yang kaya raya mempunyai berjuta-juta bilion wang kertas Syria. Kemudian berlaku peperangan di negara anda. Adakah laku wang kertas negara anda itu ke negara luar?

Emas
  • Bulan ini anda simpan 1 dinar emas ( nilai semasa RM727 pada 22/08/2012), bulan seterusnya anda terus menyimpan secara tetap setiap bulan 1 dinar emas. Itu baru pada tahun ni, bagaimana pula tahun depan, anda tetap meneruskan menyimpan setiap bulan 1 dinar emas. Secara purata kenaikan harga emas setiap tahun paling minima adalah 20%. Agak-agaknya sudah berapakah nilainya pada tahun berikutnya?
  • Sekiranya negara anda mengalami peperangan, dan anda telah pun menyimpan emas sebelum ini. Kemudian anda lari ke negara lain bersama emas yang anda simpan selama ni untuk mulakan kehidupan baru. Agak-agak emas tersebut laku atau tidak di negara lain?
  


Fikir-fikirkan...

Mohd Amzari Zharfan Bin Amran
013-5271358
shinja_takeda@yahoo.com

No comments:

Post a Comment