Tips Dapatkan Modal Beli Emas (Bahagian 1)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ramai orang akan bertanya, bagaimana untuk dapatkan modal membeli emas?
Sebenarnya, ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Ada orang dapatkan modal dari..
  • Simpanan ASB..
  • Ada dari gaji bulanan..
  • Ada dari kerja overtime..
  • Ada dari perniagaan sendiri.. 

Simpanan ASB
Anda boleh gunakan suku daripada simpanan ASB anda untuk anda beli emas. Anda tidak perlu keluarkan kesemua duit di dalam simpanan ASB anda. Anda hanya keluarkan suku / separuh sahaja daripada simpanan ASB anda tersebut untuk anda beli emas. Selepas anda membuat belian emas tersebut, pastikan anda simpan / catatkan harga emas yang anda belikan tersebut.

Kemudian, anda boleh lihat berapakah kenaikan emas yang anda beli melalui simpanan ASB tersebut dari minggu, bulan, dan tahun. Di sebabkan dividen ASB akan diketahui selepas setahun, betul tak? Jadi anda boleh buat pengiraan sendiri, berapakah kadar kenaikan dividen ASB pada tahun tersebut dan berapakah nilai emas yang anda beli menggunakan simpanan ASB tersebut? Bandingkan perbezaan kenaikkannya? Anda boleh membuat pilihannya sendiri selepas itu.

Sekiranya anda lihat kenaikan harga emas yang anda beli itu lebih hebat berbanding kenaikan dividen ASB, anda boleh guna dua cara. Sama ada:-
1> Anda keluarkan kesemua simpanan ASB dan beli emas kesemuanya atau
2> Anda masih gunakan langkah seperti di atas, iaitu guna suku / separuh daripada simpanan ASB untuk beli emas.

Kata orang, "Jangan Simpan Telur Dalam Satu Bakul".
Teknik ini anda boleh lakukan juga pada KWSP anda. Baiklah, ini sahaja buat kali ini. Saya akan sambung pula pada post seterusnya.


Sebarang persoalan boleh hubungi saya. Ingin tahu rahsia simpanan emas? Dapatkan penerangan PERCUMA dari saya. InsyaAllah saya akan kenalkan anda dengan emas sebagai pelaburan / simpanan yang sangat menguntungkan. 

Mohd Amzari Zharfan Bin Amran
013-5271358
shinja_takeda@yahoo.com

1 comment: