Di manakah Tempat Yang Sesuai Untuk Menyimpan Emas?


Assalammualaikum & salam sejahtera

Masa saya mula-mula beli emas dulu pernah saya terfikir di manakah tempat yang sesuai untuk saya simpan emas ni dengan selamat setelah saya membelinya? Takkan nak simpan kat rumah pula kan? Nanti kalau orang curi macam mana? Adakah anda juga berfikiran begitu?

Setelah banyak saya menghadiri seminar, bertanya kepada otai-otai emas dan membaca beberapa artikel tentang pelaburan / simpanan emas ni, dengan selambanya saya simpan sahaja emas tu di rumah.

Ha nak tahu Kenapa?

  1. Emas itu tidak jauh berbeza dengan barang kemas, jika barang kemas boleh disimpan di rumah, mengapa tidak emas tersebut? Kaedah penyimpanan emas itu, sama sahaja seperti kaedah penyimpanan barang kemas.
  2. Kawasan tempat saya tinggal ini agak selamat, tidak pernah pula dengar kes pecah rumah berlaku. Jadi, itu kurang merisaukan saya.
  3. Pencuri kalau nak mencuri, bukan sebab dia tahu rumah kita ada emas atau sebab kita ada beli emas. Pencuri masuk rumah selalunya sebab rumah itu kosong atau rumah tu nampak macam sebuah rumah orang yang sangat kaya yang kurang kawalan sekuritinya.
Namun begitu, jika anda memang sangat-sangat tidak selesa emas anda itu di simpan di rumah, mungkin sebab takut hilang ke, takut di curi ke, takut terlupa letak dimana, takut rumah terbakar (tapi emas takkan terbakar) atau sebagainya. Anda boleh menyimpankan emas anda itu di kotak keselamatan, iaitu "safe deposit box" yang disediakan oleh pihak bank. Jika setakat 1 dinar emas atau 10gram Gold Bar sahaja tidak perlulah simpan sampai di safe deposit, lainlah kalau anda ada berkilo-kilo emas memang sesuai la simpan di safe deposit.hahaha..

Di Maybank (cawangan tertentu), yurannya sekitar RM80-RM200 setahun, bergantung pada saiz kotak. Maklumat lanjut boleh dilihat disini
http://app.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=Y2Mw&mc=BF&s=Cbh8c&y=G&

Di Public bank, kos sewaannya pula sekitar RM150-RM430 setahun.
http://app.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=Y2My&mc=BF&s=Cbh8c&y=w&

Di CIMB Bank, kos sewaannya pula sekitar RM100-RM360 setahun.
http://www.cimbbank.com.my/index.php?tpt=&ch=gen_fee&pg=gen_fee_category&category=71:37&tpl=gen_rates

Jika anda seorang dealer Public Gold, anda boleh simpan di Public Safe.
http://www.publicsafe.com.my/


Terdapat beberapa syarat yang pihak bank tetapkan jika ingin menyewa safe deposit box mereka, antaranya :-
  • Anda mempunyai akaun simpanan di bank tersebut
  • 2 Unit Kunci diserah kepada anda dimana pihak bank tidak memegang langsung kunci tersebut, sekiranya   kunci hilang maka duit deposit akan diambil oleh pihak bank.
  • Anda hanya boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
  • Nilai perlindungan insuran selalunya hanya sehingga RM10 ribu sahaja.
Jadi, terpulang kepada anda, mahu simpan sendiri atau simpan di bank? Pada saya, setakat emas kecil seperti 1 dinar emas 40 keping ke, anda boleh fikirkan secara kreatif tempat yang sesuai untuk simpannya. Seperti masukkan dalam bekas susu Ducth Lady ke, lepas tu simpan dalam peti ais, hahaha..tu baru satu port. Tidak pun simpan dalam bekas rempah-rempah kat dapur anda. Ha bagaimana? Anda boleh fikirkan secara kreatif eh. Diharapkan info ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda. Cuba anda fikirkan, ramai orang takut beli emas sebab masalah bagaimana nak simpan emas ni, padahal ramai orang simpan wang fiat berkeping-keping di rumah tak takut pula. Fikir-fikirkan..

Sebarang persoalan boleh hubungi saya. Ingin tahu rahsia simpanan emas? Dapatkan penerangan PERCUMA dari saya. InsyaAllah saya akan kenalkan anda dengan emas sebagai pelaburan / simpanan yang sangat menguntungkan. 

Mohd Amzari Zharfan Bin Amran
013-5271358
shinja_takeda@yahoo.com

6 comments:

  1. Simpan tempat pelik kat rumah takut lupa. Now cincin tunang dgn kawen tak pakai pun dah lupa letak mana.

    ReplyDelete
  2. Simpan tempat pelik kat rumah takut lupa. Now cincin tunang dgn kawen tak pakai pun dah lupa letak mana.

    ReplyDelete
  3. assalam..terima kasih atas info yg berguna...moga Allah tambah rezeki tuan

    ReplyDelete
  4. assalam..terima kasih atas info yg berguna...moga Allah tambah rezeki tuan

    ReplyDelete
  5. assalam..terima kasih atas info yg berguna...moga Allah tambah rezeki tuan

    ReplyDelete