Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit Emas


Antara kesilapan yang sering berlaku dalam urus kewangan adalah pembaziran yang bukan keperluan. 

Contohnya:.-
  • Lepak di kafe-kafe sambil minum dan borak dengan kawan tanpa tujuan
  • Upgrade kereta sekadar menunjuk-nunjuk yang kononnya alasan sebagai kepuasan
  • Beli baju, kasut, handbag yang berjenama padahal yang lama masih lagi dalam keadaan baik
  • Tukar handphone baru. Katanya nanti tak up todate..cehhh!!
Apabila diajak menabung banyak pula alasannya. Tidak perlu sekali banyak untuk menabung, sebaliknya binalah tabungan kita sikit demi sikit.

Jadikan ianya salah satu hobi yang menarik. Sebelum ni kita ada tabiat buruk seperti contoh di atas, jadi kurangkan. Ambil peluang di masa senang ni dengan menabung. Katakanlah anda setiap bulan anda simpan RM100. Selepas bulan berikutnya simpan lagi RM100 dan terus tukarkan kepada bentuk emas. Dengan nilai RM200 anda boleh tukar kepada 1gram Goldbar atau Suku Dinar Emas. 

Simpan secara konsisten. Buat catitan seperti harga emas semasa dan tarikh anda buat belian supaya anda nampak setiap bulan tabungan anda semakin membiak gramnya. Setiap bulan anda boleh lihat berapa kadar kenaikkan harganya. Banyaknya naik atau banyaknya turun? 

Selamat mencuba



Amzari Amran
013-527 1358


Nilai Wang Kertas Semakin Mengecil

Pernah tak anda ingat pada zaman persekolahan anda wang saku yang diberikan oleh mak ayah anda hanya 60 sen pun dah cukup. Tapi kini jika anda lihat sekarang ni wang saku anak-anak sekolah adalah RM2.00 - RM4.00. Pernah tak anda terfikir kenapa jadi begitu? Ibu bapa terpaksa keluarkan lebih wang untuk belanja wang saku kepada anak.

Inilah yang terjadi, Nilai Wang Kertas Semakin Mengecil. Harga barang semakin naik dan naik. Wang semakin lama semakin Hilang Kuasa Belinya. Kalau ini terus menerus berlaku, apakah yang akan berlaku pada wang yang kita simpan di dalam bank yang kononnya mahu jadikan sebagai simpanan?

Bagaimana pula 10 tahun akan datang? Berapa nilai wang kita?


Gambar di atas menunjukkan akibat daripada wang kertas dijadikan sebagai pelindung harta. Pada tahun 1946, Negara Hungary telah berubah tampuk Kerajaannya. Kerajaan lama digantikan dengan kerajaan yang baru. Wang kertas yang lama (di zaman Kerajaan Lama) sudah tidak lagi laku digunakan, sebaliknya Kerajaan lama sudah keluarkan wang kertasnya sendiri.

Bagaimana pula dengan nasib rakyat yang masih lagi menyimpan wang kertas lama? Apa jawapan anda?  

Jom alihkan wang kertas anda kepada Emas Fizikal  sebagai PELINDUNG HARTA anda. Hubungi saya untuk maklumat lanjut sebagai perunding simpanan emas fizikal:.-

Amzari Amran
013-527 1358

Cara Mudah Mulakan Simpanan Emas Anda Dengan Modal Rendah



Siapa kata nak mulakan langkah menabung emas perlu tunggu ada wang besar atau modal besar baru boleh beli emas? Sebenarnya jika anda ada bajet sekitar RM200 sebulan pun dah boleh mula menabung dan menyimpan emas.

Kata orang, ukur baju di badan sendiri. Biar mula dengan kecil dahulu sebelum dapat yang besar. Betul tak? Yang penting di sini biarlah kita mulakan dengan modal kecil dahulu. Apabila kita dah mula, dengan sendirinya kita akan rasa aura magnet kekayaan emas itu sendiri.

Gram yang kecil akan menarik gram-gram emas yang lain, itulah kelebihan dan keistimewaan emas.

Kata pepatah, "Biar sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"

Apabila sudah banyak gram yang kita simpan, barulah kita boleh bahagikan kepada beberapa kotak atau enjin wang. hehehe...ini nanti-nanti je saya akan kongsikan tips yg best ni. Sekarang ni biarlah mulakan dengan modal kecil dahulu dan gunakan posisi sebagai saver dahulu. Apabila anda sudah mahir, barulah anda akan faham step seterusnya. Cubalah!!

Bagi yang nak mulakan emas dengan modal kecil, di sini saya akan kongsikan kepada anda yang mana anda boleh praktikkan salah satu cara atau gunakan ke semua cara di bawah ni. Moga ianya mendatang manfaat kepada anda:.-