Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit Emas


Antara kesilapan yang sering berlaku dalam urus kewangan adalah pembaziran yang bukan keperluan. 

Contohnya:.-
  • Lepak di kafe-kafe sambil minum dan borak dengan kawan tanpa tujuan
  • Upgrade kereta sekadar menunjuk-nunjuk yang kononnya alasan sebagai kepuasan
  • Beli baju, kasut, handbag yang berjenama padahal yang lama masih lagi dalam keadaan baik
  • Tukar handphone baru. Katanya nanti tak up todate..cehhh!!
Apabila diajak menabung banyak pula alasannya. Tidak perlu sekali banyak untuk menabung, sebaliknya binalah tabungan kita sikit demi sikit.

Jadikan ianya salah satu hobi yang menarik. Sebelum ni kita ada tabiat buruk seperti contoh di atas, jadi kurangkan. Ambil peluang di masa senang ni dengan menabung. Katakanlah anda setiap bulan anda simpan RM100. Selepas bulan berikutnya simpan lagi RM100 dan terus tukarkan kepada bentuk emas. Dengan nilai RM200 anda boleh tukar kepada 1gram Goldbar atau Suku Dinar Emas. 

Simpan secara konsisten. Buat catitan seperti harga emas semasa dan tarikh anda buat belian supaya anda nampak setiap bulan tabungan anda semakin membiak gramnya. Setiap bulan anda boleh lihat berapa kadar kenaikkan harganya. Banyaknya naik atau banyaknya turun? 

Selamat mencuba



Amzari Amran
013-527 1358


No comments:

Post a Comment