Bagaimana Cara Nak Bermula Dengan Emas?



Sekarang ni ramai orang mengambil peluang beli emas untuk dijadikan sebahagian daripada aset harta. Dalam masa yang sama, kita juga dibelenggu dengan rasa takut untuk bermula menyimpan emas. Takut kena tipu dan sebagainya.

Namun begitu tidak kurangnya juga, ada berminat dengan emas, tapi tak tahu bagaimana caranya nak bermula dengan emas ni.Berikut saya kongsikan ada 4 cara bagaimana untuk kita bermula:-

1. ILMU
Ilmu adalah aset pelaburan yang pertama sekali. Kita sebelum membeli, atau masuk ke dalam dunia sesuatu bidang, pastikan kita persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dahulu. Kata orang, tak kenal maka tak cinta, nak tahu kena belajar.

Ada membuat andaian sendiri tanpa menuntut ilmu terlebih dahulu. Kesannya kita mudah kena tipu, mudah diperdayakan dengan pelbagai jenis skim emas di luar sana kerana kurangnya ilmu emas. Terdapat pelbagai sumber untuk kita dapatkan ilmu emas ni, Antaranya seperti:.-
  • banyakkan membaca artikel atau berita semasa mengenai emas
  • buku-buku berkaitan tentang emas
  • bertanya atau berdiskusi dengan peniaga emas / peminat emas / pelabur emas yang lain
  • membaca nukilan di blog-blog berkaitan emas
  • hadirkan diri dengan seminar atau bengkel emas
Apakah kesannya jika tidak mempunyai ilmu emas yang betul? Jom baca keratan akhbar di bawah ini.


2. MULAKAN DENGAN BELIAN GRAM EMAS YANG PERTAMA
Mulakan dengan belian gram emas yang pertama. Langkah pertama inilah yang akan membawa kepada perubahan pada diri kita. Jika tidak dimulakan, kita sendiri pun tidak tahu bagaimana pengalamannya. Rasakan sendiri aura emas tersebut. Tapi pastikan anda membeli emas fizikal dan beli emas dapat emas. Apabila kita sudah mula membeli gram emas yang pertama, InsyaAllah gram-gram berikutnya akan menyusul. Pastikan kita buat perancangan dan penetapan dalam terus konsisten menabung dalam emas. Kita boleh gunakan pelbagai cara untuk membeli Emas. Sama ada membeli pada kadar yang sedikit sedikit atau membeli emas dengan modal yang besar terus.

3. BUAT SIMPANAN EMAS SECARA BERKALA DAN TETAP
Kita boleh terus menyimpan secara konsisten berdasarkan perancangan kewangan kendiri. Tidak perlu dengan modal yang besar, mulakan dengan menyimpan emas seberat 1gram. Sekali kita berjaya menyimpan sekurang-kurangnya 1gram, InsyaAllah gram seterusnya mudah bagi kita dapatkan. Dalam sedar tak sedar, simpanan emas kita semakin bertambah. Buatlah perancangan setiap bulan dapat gaji, kita hadiahkan untuk diri kita seketul 1gram emas, atau 1 dinar emas. Ikutlah kemampuan diri. Kata orang, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit,

Jadikanlah emas sebagai tabungan yang menguntungkan untuk jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang. Kita boleh merancang sendiri dengan membahagikan simpanana kita kepada 3 bahagian. Bahagian pertama sebagai Simpanan Tetap, bahagian kedua sebagai Kantung JualBeli dan bahagian ketiga pula sebagai Simpanan Kecemasan.
Sekiranya kita tidak mempu setiap bulan menyimpan emas, kita boleh rancang dengan simpanan kecil dahulu. Contohnya setiap bulan cuba simpan sekurangnya RM100. Bulan kedua, kita berjaya menyimpan RM200. Jadi dengan simpanan Ringgit dalam skala kecil itu kita mampu beli setiap 2 bulan 1gram pun ok. InsyaAllah kita pasti boleh buat yang terbaik untuk diri kita.

4. KONGSI 
Kongsikanlah apa-apa info yang bermanfaat daripada tabungan emas yang kita lakukan ini kepada orang lain. Apa yang kita lakukan dengan berkongsi cerita kepada orang lain ianya akan mendatangkan 10 kebaikan kepada diri kita sendiri, 1 manfaat kita berikan kepada orang lain, 10 kebaikkan kita akan perolehi. Cubalah. Tidak salah untuk kita kongsikan akan kebaikkan emas sebagai tabungan simpanan dan emas sebagai harta.

Setiap perkongsian ilmu yang kita sampaikan sebenarnya kita tidak rugi apa-apa pun. Bukanlah ilmu yang kita sampaikan itu akan mengurangkan ilmu kita walaupun sedikit, bahkan ilmu dalam diri kita semakin bertambah. Apabila banyak benda yang kita kongsikan yang bermanfaat kepada orang lain, kita sebenarnya membentuk jaringan, kita dapat ramai kawan dan menambah kenalan.

Kita boleh juga boleh pelbagaikan usaha agar perkongsian yang kita lakukan tersebut adalah konsisten dan berterusan. Lakukanlah dengan cara yang kreatif agar perkongsian kita tidak menjadi bosan. Contohnya, kongsikan tips cara menabung dengan baik, kaedah memperolehi keuntungan dengan emas, bagaimana langkah selamat menyimpan emas dan banyak lagi perkara yang boleh kita kongsikan. 

Semoga perkongsian kali ini mendapat manfaat kepada anda. Jika ada sebarang persoalan boleh komen di bawah. 

Amzari Amran
013-527 1358

5 comments: