Tips Dapatkan Modal Beli Emas (Bahagian 2)

Beli Emas Dengan Duit Gaji Bulanan Anda

Adakah anda terfikir setiap bulan kita telah bekerja keras untuk mendapatkan wang. Akan tetapi setelah penat lelah selama sebulan itu, setiap bulan kita akan membayar kepada orang lain dahulu. Seperti bayar kereta, bayar bill, bayar itu, bayar ini dan macam-macam lagi. Anda perlu bayar atau hadiahkan untuk diri anda terlebih dahulu sebelum membayar kepada orang lain. Di sini saya cadangkan untuk anda bayar diri anda sendiri dalam bentuk simpanan kendiri. Caranya begini...



Situasi 1
Anda boleh membeli emas setiap bulan mengikut kemampuan anda sendiri. Anda perlulah kuatkan semangat untuk membuat simpanan emas setiap bulan secara istiqomah. Sebagai permulaan, anda boleh menyimpan 10% daripada gaji anda ke dalam bank yang anda khaskan sebagai simpanan tetap.

Contohnya,
Katakanlah gaji anda sebulan adalah RM1500. Anda perlu simpan 10% daripada gaji anda tersebut.
RM1500 x 10% = RM150
RM150 ni anda simpan dalam bank khas anda tu. Secara purata pada tahun ni (September 2012) harga 1 dinar emas di bawah RM800. Jadi anda perlu menyimpan secara tetap selama 6 bulan. Setiap 6 bulan anda dapat membeli sekeping 1 dinar emas. InsyaAllah mula sikit-sikit dahulu, lama-lama jadi bukit. Anda boleh tingkatkan simpanan gaji anda daripada 10% kepada 20% atau lebih.



Situasi 2
Dengan gaji anda RM1500 boleh beli 1gram GoldBar daripada keluaran Amsyiq Gold atau GCP. Anda boleh lihat harganya di bawah ini. Harap dengan 1gram emas ini, anda tidak berasa berat untuk jadikan sebagai pelaburan masa hadapan daripada gaji anda tersebut. Setiap bulan 1gram ok juga tu. Setahun anda sudah ada 12gram.

                


Situasi 3
Anda boleh beli 5gram pendant atau rantai tangan dengan gaji anda RM1500. Caranya begini,
Hari ini  (14/09/2012) harga 5gram pendant / rantai tangan adalah RM891.
Gaji anda RM1500 - RM891 (untuk beli 5gram pendat / rantai tangan) = RM609
Gadai di ArRahnu dapat RM579 (untuk kali pertama bank akan bagi 65%. RM891 x 65% = RM579)
Kini anda telah mempunyai 5gram di Bank (35% milik anda).


Situasi4
Selain itu, anda juga boleh gunakan jalan lain untuk beli emas dengan wang gaji anda. Iaitu dengan membeli 1 dinar emas daripada Green Wealth Resources. Dinar emas One Asia ini boleh dirahnukan di bank.
Hari ini (14/09/2012) harganya di http://www.greenwealthresources.com/ adalah RM799.04.

Pengiraannya:-
RM1500 (gaji anda) - RM799.04 (1 dinar One Asia) = RM700.96 (baki daripada belian tersebut anda boleh gunakan untuk keperluan anda).
Rahnukan di bank dapat RM520.Anda akan dapat baki RM520 dan 4.25gram emas (1 dinar emas) di Bank (30% milik anda).
Kini anda ada 1 dinar emas, dan jumlah baki wang gaji anda adalah RM700.96 + RM520 = RM1220.96


Keputusan di tangan anda untuk tukarkan wang gaji anda kepada emas. Mulalah dengan langkah pertama dahulu sebelum anda melangkah kejayaan seterusnya. Jadikan emas fizikal sebagai simpanan untuk masa hadapan anda. Jalan sudah diberi, peluang ada di depan mata.

Sebarang persoalan boleh hubungi saya. Ingin tahu rahsia simpanan emas? Dapatkan penerangan PERCUMA dari saya. InsyaAllah saya akan kenalkan anda dengan emas sebagai pelaburan / simpanan yang sangat menguntungkan. 

Mohd Amzari Zharfan Bin Amran
013-5271358
shinja_takeda@yahoo.com

No comments:

Post a Comment