Ringgit Itu Diperbuat Daripada Perak

Ringgit merupakan nama matawang bagi negara kita, Malaysia. Mungkin sesetengah dari kita tidak tahu mana datangnya perkataan "Ringgit" ni. Orang kata, sesuatu benda yg diberikan nama mesti ada asal usulnya.


Perkataan "Ringgit" berasal daripada koin PERAK, (Silvercoin). Bukannya "Ringgit" tu asalnya daripada "kertas" eh. Berdasarkan sumber yang saya baca di SINI bahawa perkataan tersebut membawa maksud bergerigi. Iaitu di mana ianya di ambil berdasarkan keadaan di sisi wang PERAK Dolar Sepanyol yang bergerigi. Wang Perak Dolar Sepanyol ini diguna secara meluas di zaman penjajahan Portugis iaitu pada abad ke 16 dan ke 17.

Lihat gambar di bawah bagaimanakah rupa wang Perak Dolar Sepanyol tersebut.


Saya cari juga di Loken (Pasar barang-barang lama di Ipoh, setiap hari Ahad) kot-kot ada wang syiling Perak n, tapi tak pernah pun jumpa. Di sinilah menjadi tumpuan pengemar / peminat / penjual barang-barang antik. 

Mari kita lihat pula secara dekat dimanakah yang di panggil "Ringgit" tu.


Lihat di tepi / sisi wang syiling Perak tu. Kelihatan ada gerigi-gerigi kecil kan?! Ha gerigi itulah yang diambil menjadi sebutan perkataan "Ringgit".

p/s:- Jika anda salah seorang yangmasih lagi menyimpan wang syiling Perak Dolar Sepanyol ni, agak-agak berapalah nilainya eh.

No comments:

Post a Comment