Emas Akan Mencecah Seauns RM6,100?!!



Assalamualaikuam dan Selamat Sejahtera.

Cuba anda lihat keratan akhbar di atas? Apa pendapat anda? Harga emas saban tahun diberitahu kepada kita di dada-dada akhbar. Adakah ini merupakan petanda bahawa ekonomi pada masa hadapan lebih mencabar? Bagaimanakah keadaan ekonomi dunia pada tahun hadapan?

Pada sesiapa yang sudah bermula menjadi pelabur emas sudah tentu senyum mendengar berita tentang harga emas. Pada sesiapa yang masih belum bermula, ayuh!! tunggu apa lagi. Mulakan langkah sekarang. Sejarah 10 tahun sebelum ini sudah menunjukkan bahawa peningkatan harga emas yang sangat memberangsangkan. Bagaimana pula pada 10 tahun akan datang? Berita-berita tentang kenaikan harga emas semuanya menunjukkan harga emas akan naik pada masa hadapan. Maka ini semua adalah petanda bahawa harga emas pada masa hadapan akan naik.

Saya mahu anda semua berfikir secara logik, saban tahun kadar inflasi akan naik. Bukan sahaja harga nasi lemak yang dijual ditepi-tepi jalan dulu naik, malah harga tanah, rumah, minyak semuanya naik. Jika dahulu bolehlah kita membeli nasi lemak dengan harga RM50, kini berapa harga nasi lemak? Bagaimana pula dengan kuantiti ikan bilis, sambal, telur rubus dan kacangnya? Adakah kuantitinya sama seperti dahulu.

Jika dahulu wang saku kita dibangku sekolah ibu ayah boleh memberikan RM50. Tetapi budak-budak sekolah berapa duit belanjanya? Sekarang kita kena tambah 2 kali ganda perbelanjaan harian.

Mula menyimpan emas sebagai melindungi simpanan kewangan dan harta kita daripada susut nilai oleh inflasi.


Anda boleh baca keratan akhbar di utusan juga untuk berita lanjut yang bertarikh 20/09/2012.


Sebarang persoalan boleh hubungi saya. Ingin tahu rahsia simpanan emas? Dapatkan penerangan PERCUMA dari saya. InsyaAllah saya akan kenalkan anda dengan emas sebagai pelaburan / simpanan yang sangat menguntungkan.

Mohd Amzari Zharfan Bin Amran
013-5271358
shinja_takeda@yahoo.com

No comments:

Post a Comment