Tips Interview SPP Bagi KPLI j-QAF ambilan 2011

Salam Alaik..

Alhamdulillah selesai juga urusan interview SPP tadi. Semua urusan tadi dipermudahkan oleh Allah Taala, Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.

Di sini saya ingin menceritakan sedikit tips dengan kawan-kawan yang sedang membaca post ni, harap ianya berguna. Hari ni merupakan interveiw SPP bagi KPLI j-QAF bagi ambilan 2011 yang tamat kursusnya pada Jun 2012 hari tu. Waktu interveiw saya pada jam 10.30 pagi, bertempat di IPG Ipoh.

Ok ceritanya begini.....




Ok baiklah,  pertama adalah pakaian. Pastikan korang pakai pakaian yang sesuai. Yang lelaki kena la pakai tali leher. Yang mana nak pakai kot tu rasanya tak perlu kot, sebab cuaca panas. Kalau nak dekat belah petang-petang tu mula la hujan, sejuk boleh la pakai kot.

Pastikan juga korang bawak semua dokumen-dokumen yang disenaraikan seperti sijil, gambar dan salinan2 seperti yang telah diminta. Ha yang paling penting, pastikan datang lebih awal. Jangan la dah dekat waktu interveiw baru nak datang ye. Di depan kaunter menunggu tu. ada orang jaga, kena cari nama korang dalam list tu kemudian tandatangan & no phone sekali. Lepas tu duduk dahulu, tunggu kaunter tu panggil nama kita untuk kita serahkan dokumen2 asal & salinan. Pastikan korang siap2 asingkan dokumen asal pada clear folder, mana kala salinan pada sampul surat ke. Ok setakat ni boleh faham?

Dokumen asal perlu di susun dengan tertib dalam clear folder seperti i/c, sijil lahir, PMR, SPM, Ijazah, transkrip Ijazah (yang siap diterjemahkan dalam BM atau BA), surat pengiktirafan dari JPA, surat tawaran mengikuti kursus KPLI, Diploma Perguruan, Transkrip diploma perguruan, Sijil2 koko dari sekolah kita (dorang nak lihat penglibatan kita di sekolah) dan resume.

Dalam sampul yang berisi salinan pula perlulah disahkan oleh ketua jabatan. Buat satu salinan je. 

Selesai korang akan diberikan no bersama-sama korang 4 orang satu kumpulan (termasuk korang 5 orang) untuk ditemudugakan. InsyaAllah moga dipermudahkan urusan.

Di bawah ni pula saya linkkan nota untuk bekalan korang, persiapan nak jawab nanti. Klik di SINI

Moga korang semua dipermudahkan urusan. InsyaAllah taufiq wa najah!!
 

No comments:

Post a Comment