Harga Dinar Emas Tahun 2009 RM574, Bagaimana Pula Pada Hari Ini?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada anda semua,

Tahukah anda bahawa harga Dinar Emas pada tahun 2009 adalah RM574 yang bertarikh 21/11/2009.


Bagaimana pula pada tahun ini (2012)? Anda boleh lihat harganya di sini http://www.publicgold.com.my/v1/
Lihatlah perbezaannya berbanding 3 tahun sebelum ini. Anda sendiri boleh lihat kenaikkannya sendiri bukan? Di bawah ini adalah harga dinar emas pada 27/08/2012.




Dinar Emas selain ianya bebas daripada unsur riba, ia juga ternyata mempunyai kelebihan untuk dijadikan instrumen pelaburan terbaik, berdasarkan sifat emas itu sendiri sebagai satu komoditi yang amat bernilai dan boleh didagangkan di seluruh dunia.


Di Malaysia, dinar emas wujud dan ia adalah satu instrumen pelaburan yang sah dan mampu memberikan pulangan yang baik selain kaedah urus niaga atau pelaburan lain.

Dinar Emas pada masa kini dijual dalam pelbagai pecahan, ada yang jual 1/2 dinar, 1 dinar, 2 dinar, 5 dinar, 10 dinar, dan sebagainya mengikut syarikat yang tertentu.  Sebagai contoh satu dinar emas  mempunyai berat 4.25 gram yang berketulinan emas 916 dan piawaian ini ditetapkan oleh Sayidina Umar al-Khattab ketika menjadi khalifah Islam yang kedua. Namun pada hari ini terdapat beberapa syarikat emas yang menjual dinar berketulinan emas 917 dan 999. Seperti contoh Dinar emas yang dijual oleh syarikat One Asia Gold dan Dinar Emas Kelantan menjual dinar emas yang berketulinan 917. Manakala dinar emas 999 pula ada dijual oleh Amsyiq Gold, Dinar Kerajaan Negeri Perak, Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP), dan sebagainya.

Harganya pula mengikut harga semasa. Ini bermaksud harga sentiasa berubah-ubah mengikut harga semasa dunia. Dinar Emas ini jika kita beli pada hari ini, ianya boleh dijadikan sebagai pelaburan / simpanan untuk pendidikan anak-anak, simpanan mempercepatkan proses pergi haji / umrah, simpanan masa hadapan, sebagai mas kawen, hadiah atau sebagainya.

Mereka yang berminat perlulah benar-benar memahami kaedah pelaburan emas fizikal ini bagi mengelak diri dari sebarang kekeliruan sebelum membuat sebarang pelaburan.

Sebarang persoalan boleh hubungi saya. Ingin tahu rahsia simpanan emas? Dapatkan penerangan PERCUMA dari saya. InsyaAllah saya akan kenalkan anda dengan emas sebagai pelaburan / simpabab yang sangat menguntungkan. 

Mohd Amzari Zharfan Bin Amran
013-5271358
shinja_takeda@yahoo.com

No comments:

Post a Comment