Harga Kuih Di Bazar Ramadhan Paling Murah


Tiap kali tibanya bulan Ramadhan sudah tentu Bazar Ramadhan menjadi tempat tumpuan untuk para pengunjung membeli juadah untuk berbuka puasa. Tidak kira di mana-mana tempat pun, memang orang penuh berpusu-pusu beli juadah. Macam-macam ada dijual di Bazar Ramadhan baik dari pelbagai jenis airnya, sehinggalah kepada kuih-muihnya. Beraneka pilihan dan rasa.

Tapi apabila dah beli macam-macam tu bukannya semua benda kita akan habiskan. Akibat tamak beli itu, beli ini sampai terbuang begitu sahaja. Sebaiknya jika, masak sahaja di rumah dan jamah dengan aman damai tanpa sesak-sesak. Jika tidak berkesempatan nak masak di rumah pun, cukuplah beli sekadarnya.

Namun begitu, di sebalik kemeriahan dalam membeli juadah berbuka puasa, ada seperkara yang diluar jangkaan kita yang kadang-kadang kita sendiri bila di bicarakan barulah perasan. Iaitu soal harga makanan di Bazar Ramadhan. Tidak perlulah saya cerita jenis makanan yang besar-besar, cukup sekadar harga kuih la kita lihat.

Jika dahulu pada tahun 1990an, harga seketul kuih hanya RM0.10. Kini pada tahun 2014, harga kuih naik menjadi RM2.00 untuk 4 ketul kuih. Sangat beza jauhnya. Di sini timbul dua persoalan, iaitu ;-
  1. Harga kuih menjadi mahal atau
  2. Wang Ringgit menjadi susut nilainya
Pada pandangan korang la kan, apa yang berlaku disebalik kajian kes ni? Boleh berikan apa-apa komentar tak di ruang komen di bawah ni. Saya mahu melihat pandangan anda sebagai pengguna.hehe ;)

Mungkin ada orang akan kata, "alaa biasa la tu, makin lama semua barang akan mahal. Nak buat macam mana...dah itu lumrah keadaan...."

Senang kan cakap begitu, sedangkan kita tidak tahu bagaimana pula keadaannya akan berlaku kepada anak cucu kita pada 10 tahun akan datang pula? Agak-agaknya berapa pula harga bagi seketul kuih?

Kesannya adalah berpunca daripada inflasi. Nilai matawang semakin menyusut, maka secara tidak langsung kuasa membeli kita juga semakin berkurang. Cuba kita fikirkan pula bagaimana wang yang banyak kita simpan baik di tangan atau di dalam bank semakin di simpan semakin menyusut nilainya. Kenapa tidak kita tukarkan sebahagian atau separuh wang tunai kepada bentuk kalis inflasi?, iaitu EMAS dan PERAK. Dua logam yang melawan inflasi, yang sentiasa memegang nilai harta kita dan juga tidak lapuk dek zaman. Nilainya semakin lama semakin tinggi.

FIKIR-FIKIRKAN DAN RENUNG-RENUNGKANLAH......wallahu'alam

p/s:- Sumber bacaan tambahan boleh lihat di SINI

No comments:

Post a Comment