Sejarah Emas Dunia

Sejak dari 6000 tahun dahulu lagi hinggalah zaman sekarang emas menjadi simbol kekayaan. Emas sememangnya bernilai untuk selama-lamanya, penyimpan nilai yang baik dan tidak boleh dibinasakan. Emas tidak terbakar, tidak reput, tidak berkarat dan sukar diperolehi serta sentiasa bersinar dan cantik.

Keistimewaan inilah menyebabkan emas diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai dari dahulu hingga sekarang. Manusia sentiasa tertarik dengan emas dan mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan , kemewahan dan jaminan kuasa.. Sejarah ketamadunan terkemuka dunia seperti Greek, Rom dan Parsi menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka.

Penggalian arkeologi mencadangkan pengunaan emas bermula di timur tengah di mana tamadun peradaban bermula. Barang kemas mesir tertua ditemui di dalam makam Permaisuri Pu-Abi dari Ur di Sumeria dan contoh tertua barang kemas ditemui pada millenium ke-3 sebelum masihi. Sepanjang abad, kebanyakan makam mesir diserbu tetapi makam Tutankhamen ditemui tidak terusik oleh ahli arkeologi moden. Di dalamnya, koleksi emas dan barang kemas terbesar dan termasuk keranda emas yang menunjukkan kualiti dan kemajuan pertukangan dan kerja emas negeri mesir pada ketika itu (millennium ke-2).


Sekitar 2600 tahun yang lalu Kerajaan Lydia mengeluarkan syiling emas pertama dunia, The Lydian Lion. Ini membuktikan bahawa sejak ribuan tahun dahulu manusia sudah tertarik kepada emas, mengiktiraf dan menggunakannya sebagai simbol kekayaan dan mata wang untuk urusan jual beli harian.
Syiling Emas The Lydia Lion


Empayar Parsi, sekarang Iran, kerap menggunakan hasil seni kerja emas sebagai sebahagian daripada agama Zoroastrianism. Hasil seni kerja emas parsi adalah terkenal dengan seni haiwan di mana telah diubah selepas arab menakluk kawasan tersebut pada kurun ke-7 selepas masihi.

Ketika Rom mula membangun, Bandar tersebut menarik tukang seni emas yang berbakat di mana telah mencipta pelbagai variasi barang kemas. Selepas itu, Pengunaan emas di rom berkembang ke perkakas rumah golongan bangsawan dan atasan. Pada kurun ke-3 selepas masihi, warganegara Rom memakai rantai yang mempunyai syiling berlambangkan maharaja. Ketika penyebaran Kristian di seluruh eropah, penduduk eropah menamatkan pengebumian si mati bersama-sama barang kemas. Hasilnya, beberapa barang kemas terselamat abad pertengahan kecuali barang kemas diraja dan gerombolan gereja.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu Dinar Emas mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25gram manakala Dirham ialah Syiling Perak seberat 2.975gram.

Dinar yang diperkenalakan di zaman Khalifah Malik Ibn Marwan, Dinar siri ini lebih seragam, namun masih mengekalkan ciri-ciri denarius Heraclius berbanding ciri-ciri versi lama Dinar bersandarkan rekabentuk syiling Parsi  

 Dirham yang dikeluarkan pada tahun 75 Hijrah / 695 Masihi di Zaman Khalifah Abd al-Malik Ibn Marwan

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

Di Amerika, kemahiran peradaban pra-columbia di dalam pengunaan emas adalah maju sebelum kedatangan orang sepanyol. Tukang Emas India telah menguasai kebanyakan teknik yang diketahui oleh orang eropah kontemporari ketika kedatangan orang sepanyol. Mereka mahir dengan kerongsang, penggranulan, tekanan dan pertukangan, tatah dalam dan cara acuan lilin. Penakluk sepanyol mencairkan kebanyakan emas yang dirampas daripada penduduk daerah tersebut dan kebanyakan contoh peninggalan datang dari tapak penggalian tanah perkuburan. Deposit emas terhebat dari masa tersebut adalah dari Andes dan Columbia.

Ketika hari perbatasan Amerika di mana perkhabaran penemuan emas di daerah tersebut telah menyebabkan beribu peneroka baru yang mengambil risiko nyawa mencari emas. Tera Sulung Emas berlaku di banyak negeri barat dan kejadian yang paling terkenal berlaku di California Sutter’s Mill pada 1848. Di tempat lain, tera sulung emas berlaku di Australia pada 1851, Afrika Selatan pada 1884 dan di Kanada pada 1897.

Peningkatan taraf emas adalah untuk mengimbang ekonomi dunia, menetapkan bahawa Negara harus menghadkan pengeluaran mata wang berdasarkan jumlah emas yang disimpan. Great Britain adalah Negara pertama mengamalkan taraf emas pada 1821, diikuti oleh Negara eropah pada 1870. Sistem tersebut kekal sehingga berakhirnya perang dunia pertama selepas Amerika hanya Negara yang masih mengikuti taraf emas. Selepas peperangan, Negara lain hanya dibenarkan menyimpan mata wang utama daripada emas. Kedatangan kemelesetan menandakan berakhirnya pengeksportan emas pada 1930. Pada pertengahan abad ke-20, mata wang dollar menggantikan emas dalam perdagangan antarabangsa.

Program Bulion Helang Amerika dilancarkan pada 1986 dengan penjualan bulion emas dan perak. Platinum telah di masukkan ke keluarga Bulion Helang Amerika pada 1997. Syiling Bulion adalah syiling yang bernilaikan pada beratnya di dalam logam berharga yang spesifik.
 
keluaran 2011 American Eagle Gold

No comments:

Post a Comment