Spread Harga Emas

Terdapat perkara penting dalam menentukan keuntungan sesebuah pelaburan emas dan perak ni, iaitu spread.


Apakah yang dimaksudkan Spread?
Bahasa mudahnya dipanggil susut nilai. iaitu perbezaan di antara harga jual dengan harga beli.

Pernahkah anda mengalami senario di mana sebelum ni anda pernah beli sebentuk cincin emas di sebuah kedai emas pada harga RM170/g. Kemudian setelah 7 tahun anda pakai, lama kelamaan cincin dijari tak muat. Jadinya daripada anda simpan lebih baik anda jual balik ke kedai tersebut, kata hati anda.

Setelah anda bertanya kepada tokey kedai tu, di dapati harga jual semula cincin tu menjadi RM115/g. Anda terkejut beruk dibuatnya. Hari tu beli bukan main mahalnya sekali  dengan upah tukang yang tinggi, tapi apabila jual balik harganya jauh sangat beza. Itulah dinamakan Spread.


Saranan saya
Jika nak beli emas tu, di antara perkara penting yang perlu kita ambil adalah spreadnya. Semakin kecil spreadnya, semakin tinggilah peluang keuntungan yang kita perolehi. 

Emas yang mempunyai spread lebih 10% dikira tinggi. Spread yang tinggi ini tidak sesuai untuk tujuan pelaburan. Kebanyakan kedai hanya pamerkan harga jualan emas mereka sahaja, tidak pula dipamerkan kedua-dua harganya sekali kecuali setelah kita bertanya. Sebelum nak beli tanya kedua-dua harganya. Berapa harga jika beli dan berapa harga jika kita jual balik kepadanya.

Sesiapa pun nak jual semu
la mesti nak untung balik kan? Jadinya sebelum beli, buat sedikit survey harga spreadnya dulu.


Cara Mengira Spread

HARGA JUAL - HARGA BELI ÷ HARGA JUAL × 100
=Peratus Spread %

Saya tekankan sekali lagi,

  • Semakin kecil peratus spreadnya, semakin cepat/besar/maksimum margin keuntungan anda.
  • Semakin besar peratus spreadnya, semakin lambat/kecil/minimum margin keuntungan anda.

Mohd Amzari Zharfan Bin Amran
013-5271358
shinja_takeda@yahoo.com

No comments:

Post a Comment